Welcome home

Ilmu itu lebih baik daripada Harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu Penghukum (Hakim)dan harta Terhukum.

Ahlan wa sahlan...

Monday, 4 March 2013

Hedonisme hidup subur, jati diri mati terkubur

Apakah makna Hedonisme.???


Hedonisme ialah satu pola pemikiran dan budaya hidup yang terlalu sukakan kepada hiburan semata-mata. Menurut kamus dewan, hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.

Sedar atau pun tidak, budaya hedonisme in mula menular masuk sekian lama dalam kehidupan masyarakat Islam di Malaysia terutamanya dalam kalangan muda mudi. Salah satu faktor penting menyumbang kepada berlakunya fenomena ini ialah realiti media massa sama ada media cetak atau media elektronik yang memberikan peruntukan sangat banyak kepada aspek hiburan. Tidak kurang juga sokongan yang padu dari pihak pemerintah.

Hiburan  pada dasarnya bukanlah suatu yang dilarang Islam, asalkan ia dihidangkan berlandaskan  syariat. Fitrah manusia secara umumnya memang perlukan kepada  hiburan. Tuntutan fitrah ini seharusnya diberikan haknya dan ditunaikan dengan adil. Adil dalam erti kata memilih hiburan yang betul dan mengikut kadar yang diperlukan sahaja tanpa melampaui batas.

Hadis Rasulullah  dilaporkan Aisyah, bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Rasulullah berada di sisinya. Ketika itu ada dua penyanyi wanita sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali).

Nabi bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita”.  (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam   riwayat Muslim menyatakan mereka memukul gendang sebagai alatan muzik iringan nyanyian mereka.

Hadis ini menunjukkan sikap lunak Nabi  yang tidak melarang hiburan dalam bentuk nyanyian sekalipun berlaku dalam rumah Baginda. Nabi tidak bersikap keras mengenai hiburan seperti sesetengah mereka yang menggunakan nama agama untuk membanteras hiburan. Bantahan Abu Bakr ditolak Nabi  secara berhikmah.

Dalam riwayat al-Bukhari, juga dari ‘Aisyah  bahawa:“Seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka Baginda bersabda: Wahai ‘Aisyah!  Mengapakah tiada bersama kamu hiburan?  Orang Ansar sukakan hiburan”.

Dalam hadis ini menunjukkan Nabi prihatin dengan kecenderungan hiburan sesuatu kaum dalam majlis yang bertujuan untuk kegembiraan seperti majlis perkahwinan. Mungkin hal ini boleh diluaskan kepada majlis sambutan kesukaan yang lain seperti majlis keluarga atau seumpamanya. Bahkan mengenai majlis perkahwinan Nabi  pernah bersabda:  “Perbezaan antara yang haram dan yang halal adalah kompang dan suara dalam perkahwinan”. (Riwayat al-Nasai dan  al-Tirmizi, hadis ini bernilai ‘hasan’).

Maksudnya perkahwinan yang halal dilakukan secara terbuka dan diisytiharkan. Berbeza dengan perzinaan yang dilakukan secara senyap. Kegembiraan pada hari perkahwinan dizahirkan secara nyata dengan hiburan kompang atau alatan yang lain dan suara.  Suara  di sini  ada  yang   mentafsirkannya sebagai iklan pernikahan.  Juga boleh ditafsirkan sebagai nyanyian.

Namun, fenomena pada hari ini adalah sebaliknya. Program hiburan sama ada di televisyen, radio atau pun atas pentas terbuka dilambakkan kepada masyarakat dengan begitu banyak mengatasi program lain. Berita hiburan juga memonopoli sebahagian akhbar tabloid dan juga majalah. Kisah kehidupan artis dalam dan  luar negara,  diberikan liputan yang berleluasa.

Terdapat sesetengah pihak dengan bersungguh menghidangkan hiburan ini secara langsung kepada masyarakat. Bahkan sanggup diperuntukkan jumlah yang banyak untuk membawa masuk artis dari luar negara.  Ada yang menjelajah dari satu negeri ke satu negeri yang lain sambil mengajak masyarakat untuk berhibur bersama artis itu.

Apabila program hiburan dilambakkan,  kesannya minda masyarakat dibentuk dengan hiburan. Generasi muda diharap menjadi bari-san pelapis menerajui pembangunan ummah dan negara, disibukkan dengan hiburan melampau. Ghairah dan bersemangat berbicara tentang gosip sensasi artis, filem terbaru, lagu popular dan pelbagai topik lain.

Penyakit ini bukan sahaja menimpa golongan muda-mudi kurang berpendidikan, malah dukacita apabila ia turut berjangkit kepada penuntut di institut pengajian tinggi. Lebih parah jika ia disuburkan pemimpin sendiri. Fenomena ini dapat dibuktikan melalui pengaruh penampilan fizikal, tutur kata, tindakan dan amalan majoriti remaja zaman ini.

Demi menghasilkan imej dan identiti urban-kontemporari, remaja zaman ini sanggup menggadai jati diri dan sosok peribadi mereka demi kelihatan  cool dan up to date. Tiada lagi jati diri seorang bangsa Melayu yang  terkenal dengan budaya ketimurannya. Lebih penting lagi, tidak nampak pada peribadi dan tingkah laku mereka watak seorang Muslim sejati, yang diutuskan seorang Nabi, sebagai contoh ikutan yang hakiki.

Terlalu banyak contoh pemikiran hedonisme ini menular dalam pemikiran masyarakat terutama generasi muda. Salah satu bukti ketara ialah keghairahan dan kegilaan generasi muda akhir-akhir ini terhadap bidang nyanyian.

Apabila pemikiran ini meresap mengakibatkan generasi muda melihat bidang nyanyian sebagai satu prospek menguntungkan. Apabila lambakan program realiti televisyen untuk mencungkil penyanyi baru. Program realiti ini kebanyakannya dicedok bulat-bulat dari negara Barat tanpa ditimbang mana buruk mana bermanfaat.

Lebih malang lagi program sebegini mendapat tajaan daripada syarikat korporat, termasuk syarikat korporat diterajui orang Islam. Dalam masa yang sama rancangan bersifat ilmiah dan meningkatkan tahap pemikiran masyarakat tidak mendapat sambutan.

Program realiti hiburan ditiru daripada Barat bagi menambah program hiburan di Malaysia, tujuannya untuk melahirkan penyanyi "pasang siap". Persoalan timbul apabila produk media keluaran orang Islam di Malaysia yang tidak jauh bezanya dengan produk media acuan Barat berteraskan budaya  hedonisme.

Hal ini adalah akibat pemikiran yang membentuk tanggapan bahawa media hanyalah alat hiburan dan medium menjual produk semata. Peningkatan jumlah peserta yang menghadiri sesi uji bakat realiti televisyen ini dari tahun ke tahun merupakan kejayaan pola pemikiran hedonisme sehingga mengagungkan populariti dan kemewahan.

Pemikiran hedonisme ini menular cuba menyeleweng tujuan hidup Muslim sehingga berkiblatkan hiburan dan keseronokan semata. Dukacita apabila generasi muda hari ini lebih mengenali keperibadian artis pujaan daripada keperibadian para nabi. Kehidupan artismengikut kayu ukur Barat dijadikan garis panduan dan ikutan, hatta tingkah laku artis itu menentang budaya ketimuran apatah lagi syariat Islam.

Hiburan menjadi agenda utama media massa apabila kebanyakan promosi diberikan media kepada artis melebihi ilmuwan. Tokoh akademik, ulama, negarawan kurang ditonjolkan pencapaian dan yang mereka lakukan untuk pembangunan umat, agama, bangsa dan negara. Sebaliknya, artis  diberi anugerah dan dijulang nama.

Pencapaian artis lebih mendapat liputan pihak media. Realiti ini membuktikan betapa budaya hedonisme ini meresap masuk dan sedikit demi sedikit menjadi darah daging masyarakat. Penularan budaya ini sebenarnya berkait rapat dengan pihak pengamal media yang memberikan ruang yang sangat banyak kepada program dan bahan berita berbentuk hiburan.

Lebih menyedihkan apabila pihak atasan juga sanggup mengimport artis luar untuk menghiburkan masyarakat. Tidak pasti, adakah ia dilakukan demi memenuhi tuntutan rakyat atau pun mempertahankan pangkat.

Bukan salah untuk berhibur. Namun biarlah berhibur yang ada kadarnya. Jangan sampai hiburan ini melalaikan kita dari tujuan kehidupan dan tanggungjawab Muslim yang sebenar. Akhirnya Islam hanya kekal pada nama!.


sumber asal...


Penulis ialah pensyarah Kolej Islam Anta-rabangsa dan perunding latihan dan motivasi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. 

 Kesimpulannya...
Sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W. Sama2 la kita menjaga dan berusaha untuk melahirkan akhlak islamiah, akidah islamiah dan muamalah islamiah... wallahualam...

Malaysia Hanyalah Biladul Muslimin

https://encrypted-tbn3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTtas6ZfGqD4wSz25bcJGavI_OqL6ufnmk8E_xVzQADM8n5uXT4

Menjelang PRU-13 yang semakin hampir tiba, golongan ilmuan dan ulama yang rapat dengan para pemimpin sekular negara ini sekali lagi dipergunakan dan diperkudakan untuk mengeluarkan “fatwa-fatwa” aneh bagi meyakinkan umat Islam di Malaysia bahawa negara ini adalah sebuah negara Islam, di samping berbangga dengan gelaran negara Islam contoh. Di manakah letaknya contoh yang boleh dibanggakan sedangkan perlaksanaan seluruh hukum-hakam Islam masih jauh daripada tuntuan Islam yang sebenar, baik sama ada individu, masyarakat dan negara. Dari aspek individu sebagai contoh, ia masih bebas untuk keluar rumah tanpa menutup aurat. Masyarakat masih bebas untuk melakukan transaksi riba, membeli dan meminum arak dan sebagainya. Kilang arak dan pusat judi terus tersergam indah di sana sini. Mahkamah yang menjatuhkan hukuman thaghut masih berdiri kukuh dan terus disanjung tinggi. Amat malang bagi umat Islam di Malaysia yang mempunyai barisan pakar yang ramai dalam bidang agama, tetapi begitu mudah untuk dibeli dan diperbodohkan oleh para pemimpin jahil negara yang sedang berkuasa pada hari ini. Adakah disebabkan kilauan dunia yang begitu sedikit ini maka mereka ini sanggup menjual agama? Pastinya perniagaan mereka itu tidak akan pernah beruntung sedikit pun di sisi Allah SWT pada hari akhirat kelak. Sungguh pelik, bagaimanakah golongan pakar yang bermuzakarah dalam majlis muzakarah anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) boleh megistinbat hukum untuk mengisytiharkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam sedangkan mereka hanya berdalil dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan bukannya dengan hukum syarak. Apakah mereka masih tidak sedar bahawa Perlembagaan Persekutuan itu adalah perlembagaan kufur yang dihadiahkan oleh si kafir Lord Reid? Faktanya dapat disaksikan dengan jelas bahawa seluruh sistem Islam (sistem pemerintahan, sistem ekonomi, sistem sosial, sistem uqubat, polisi pendidikan dan polisi luar negara) tidak diterapkan secara kaffah di dalam kehidupan umat sama ada di dalam negara mahupun di luar negara. Secara umumnya, negara yang diduduki oleh umat Islam boleh terbahagi kepada dua kategori iaitu Darul Islam/ Daulah Islam (Negara Islam) dan Biladul Muslimin (Negara umat Islam).

Darul Islam

Darul Islam atau Daulah Islam itu mestilah memiliki dua syarat utama iaitu: Pertama, keamanan wilayahnya berada sepenuhnya di tangan kaum Muslimin. Kedua, seluruh hukum-hakam yang digunakan untuk mengatur sistem kehidupan manusia dalam wilayah tersebut mestilah merupakan hukum Islam semata-mata, bukan hukum kufur ciptaan manusia. Maka, sesebuah negara yang dihuni oleh majoriti umat Islam belum layak disebut sebagai Darul Islam jika ia dikuasai oleh kekuatan ketenteraan orang-orang kafir. Begitu juga dengan wilayah yang dikuasai oleh umat Islam, jika sistem kehidupan di wilayah itu tidak diatur dengan syariah Islam secara sepenuhnya, maka ia juga tidak tergolong sebagai Darul Islam. Singkatnya, Darul Islam adalah seluruh wilayah atau tempat yang dikuasai oleh Negara Islam, dilindungi oleh kekuatan ketenteraan Islam dan sekaligus diatur sepenuhnya oleh penerapan syariah Islam.

Biladul muslimin

Adapun yang dimaksudkan dengan biladul Muslimin, ia adalah merujuk kepada negeri kaum Muslimin. Sepertimana Darul Islam, wujudnya biladul Muslimin itu adalah disebabkan oleh sesebuah tempat atau wilayah yang dihuni oleh kaum Muslimin secara syar'ie serta dianggap sebagai milik umat Islam. Meskipun wilayah-wilayah itu pada saat ini sedang dijajah dan diduduki oleh orang-orang kafir sepertimana yang berlaku terhadap sebahagian besar wilayah Palestin, Iraq dan Kashmir, ia tetap merupakan biladul Muslimin. Di samping itu, walaupun negara yang ditegakkan di atas negeri-negeri tersebut tidak menerapkan syariah Islam ke atas penduduknya, negeri-negeri itu tetap merupakan negeri-negeri kaum Muslimin kerana wilayahnya dipadati oleh umat Islam. Inilah yang membezakan antara biladul Muslimin dengan Darul Islam.

Diharap para pakar dalam muzakarah akan lebih teliti dan cermat untuk mengeluarkan sesuatu fatwa agar ia tidak mengelirukan umat Islam. Ketahuilah bahawa satu-satunya negara Islam itu adalah Khilafah. Khilafah adalah kepemimpinan umum bagi seluruh kaum Muslimin di seluruh dunia untuk menegakkan hukum-hakam syariah Islam dan mengembang dakwah Islam ke seluruh pelusuk dunia. Jadi, apakah Malaysia layak untuk dikatakan sebagai sebuah Negara Islam?


Sumber Asal..
http://www.mykhilafah.com/berita-lokal/3896-malaysia-hanyalah-biladul-muslimin