Welcome home

Ilmu itu lebih baik daripada Harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu Penghukum (Hakim)dan harta Terhukum.

Ahlan wa sahlan...

Monday, 28 January 2013

Peringatan untuk kaum wanita yg lain....

1. Bulu kening

- Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. HR Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)

- "Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." QS An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian

- "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." HR Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada

- "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " QS An-Nur : 3. Keterangan: Melabuhi tudung atau memakai tudung yang tidak menampakkan bentuk dada dan bahagian tepi tudung dibawah bahu.

5. Gigi

- "Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. ". HR At-Thabrani.

- "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". HR Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher

- "Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu." Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan

- "Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." HR Muslim dan Bukhari.

8. Tangan

- "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". HR At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata

- "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." QS An Nur : 31.

- Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." HR Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)

- "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." QS Al Ahzab: 32.

- Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." HR Ibn Majah.

11. Kemaluan

- "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " QS An Nur : 31.

- "Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." HR Al Bazzar.

- "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." HR Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian

- "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." HR Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

- "Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." HR Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/ jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/ membuka bahagian-bahagian tertentu.

- "Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." QS Al Ahzab : 59.

13. Rambut

- "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." HR Bukhari dan Muslim.

♥ Seindah Perhiasan adalah Wanita Solehah . . ♥

Pendawaian Elektrik

1.0 PENGENALAN
Sistem pendawaian elektrik terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:
* Sistem pendawaian 1 fasa - biasa di kawasan kediaman (residential area) kecil dan sederhana.
* Sistem pendawaian 3 fasa - kawasan industri dan komersial (industrial dan commercial area).

1.1 SISTEM PENDAWAIAN, JENIS DAN SAIZ KABEL

1.1.1 Sistem Pendawaian
a) Bekalan ke Rumah
    * Bekalan elektrik yang diterima di rumah kediaman (kecil/sederhana) biasanya ialah AC 1-fasa 240 V,   50 Hz.
    * Bekalan ini diperolehi daripada sambungan antara talian (sama ada R, Y atau B) dan neutral dari sistem 3 fasa 4 dawai (sambungan Y).
    * Sumber 3 fasa adalah dari pencawang (substation) yang berhampiran.

 Rajah 1 - Sistem bekalan pengguna kecil arus ulang-alik (1fasa)

b) Litar Pengguna
 * Kabel atau talian yang masuk ke bangunan terus disambung ke satu papan penyambung (pangkalan perkhidmatan).
 * Di papan ini terdapat fius perkhidmatan dan talian neutral. 2 alat ini milik TNB dan menjadi tanggungjawabnya.
 * Selepas pangkalan perkhidmatan, bekalan elektrik akan disambung ke meter kilowatt jam (Watt hour meter).
 * Litar pengguna bermula dengan papan suis utama (main switch board (msb)) atau pengasing berkadar 60, 80 dan 100A.
 * Seterusnya ialah pemutus litar ke bumi (ELCB - earth leakage circuit breaker atau RCCB - residual current circuit breaker).
 * Diikuti dengan papan fius agihan atau papan agihan.
 * Di papan fius agihan ini terdapat 3 busbar penyambungan iaitu wayar hidup (live), neutral dan bumi (earth).
 * Fius - fius (pemutus litar miniatur @ miniature circuit breaker (MCB)) yang berkadaran sama ada 5, 15, 30, 45 A atau 6A, 16A dan 32 A ini akan disambung daripada busbar live ke litar akhir yang bersesuaian.
 * Bar neutral dan busbar bumi akan disambung terus pada litar akhir - tidak perlu melalui MCB lagi.
 * Litar akhir akan mempunyai 3 dawai iaitu live, neutral dan bumi.
c) Litar Akhir
 * Litar yang keluar daripada papan fius agihan bagi membekalkan satu atau lebih titik-titik kelengkapan atau soket alur keluar tanpa perantaraan papan agihan lain atau dengan kata lain litar yang bersedia membekalkan tenaga elektrik kepada peralatan, kelengkapan atau soket alir keluar seperti lampu, kipas atau melalui soket alit keluar seperti sterika, TV,peti sejuk dll.

  Pemencilan secara elektrik

* Umumnya, litar akhir untuk kediaman boleh dibahagikan kepada kumpulan berikut:
  •    Litar akhir pada kadaran arus kurang daripada 15 A.
  • Litar akhir pada kadaran arus lebih daripada 15 A.
  • Litar akhir pada kadaran arus lebih daripada 15 A tetapi tertumpu pada soket alir keluar 13 A sahaja.

Peraturan Litar Akhir
  • Litar akhir hendaklah diasingkan untuk peralatan yang berbeza (berlainan fius dan kawalannya) bagi mencegah gangguan bekalan jika litar akhir lain mengalami kerosakan.
  • Sebagai contoh, antara lampu dan soket alir keluar hendaklah diasingkan fiusnya.
  • Pendawaian setiap litar akhir hendaklah diasingkan secara elektrik (neutral dan live berlainan) kecuali ke bumi.

 Contoh gambar rajah skematik bagi pelbagai litar akhir

d) Litar Akhir untuk Soket Alir Keluar
  • Terdapat 2 cara pendawaian soket alir keluar (2, 5, 13, 15 dan 30 A) iaitu Litar Gelang (ring circuit) dan Litar Jejari (radial circuit).
  • Sambungan litar gelang - sambungan soket alir keluar yang bersambung antara satu sama lain dalam bentuk gelang.
  • Sambungan bermula dan berakhir pada tempat yang sama iaitu di papan fius agihan.
  • Sambungan litar jejari - soket alir keluar disambung secara jejari atau selari.
  • Saiz kabel yang biasa digunakan untuk litar gelang ialah 2.5 mm2 dan 4 mm2 bagi litar jejari.
      Litar jejari (radial circuit)

Litar gelang (ring circuit)



semalam dan hari ini

assalamualaikum dan salam sejahtera...
Dah lama tak update blog nie.... sudah setahun lebih mehilangkan idea untuk mencetak segala maklumat terbaru dalam blog nie....
itulah liku-liku kehidupan yg mesti diteruskan di atas muka bumi nie selagi masih hidup... hehe
Allah huakbar....
usia makin meningkat dan sepatutnya ilmu juga meningkat.... rasa seperti belum puas lagi untuk menimba ilmu walaupun dalam keadaan sibuk bekerja....

PSM mengharapkan keredaan Allah atas segala perilaku yg dilakukan... semoga segala yg dilakukan mengikut sunnah Rasulullah saw.... Amin.....